VISI IQ INSAN - Membina jaringan profesional dalam bidang latihan dan kepimpinan, pembangunan insan dan akhlak, ilmu serta amalan , dan menjadi peneraju utama dalam semua bidang yang diceburi.
- Menjadi instiusi yang bergiat aktif dalam bidang rawatan Islam, melahirkan perawat, membina rangkaian pengubatan, menyebarkan dakwah, menjalin silaturrahim, penganjuran program-program keinsanan sehingga menjadi teraju di peringkat yang lebih glokal.
MISI IQ INSAN - Membangunkan kriteria-kriteria khusus bagi melahirkan keberkesanan keahlian serta mendapatkan pengiktirafan kepada ahli
- Mewujudkan mekanisma untuk mengedalikan masalah ahli secara yang lebih komprehensif
STRATEGI IQ INSAN Bagi mencapai visi dan misi yang digariskan, bahwa pihak IQ INSAN akan melaksanakan beberapa pendekatan dan strategi seperti di bawah ini: - Menganjurkan seminar rawatan Islam dan forum-forum sebagai medan penyampai ilmu pengubatan Islam kepada ahli dan masyarakat
- Mewujudkan pejabat serta klinik rawatan dan kaunseling bagi medan praktikal bagi para pengamal pengubatan Islam
- Melaksanakan program-program dan aktiviti keilmuan, riadah, ziarah, dan sebagainya untuk mengeratkan silaturrahin sesama ahli
- Menggabungkan modul-modul perubatan Islam, tradisional, herba, komplimentari, homeopati dan mana-mana perubatan alternatif dalam program pembangunan profesional
- Menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak yang bersedia membantu pembentukan masyarakat penyayang yang dinamik dan mempunyai modal insan selaras dengan kehendak Islam
|