|
PUSAT RAWATAN ISLAM IQ INSAN Menyedari kepentingan bidang pengubatan Islam serta desakan mutakhir kini dan sebagai wadah dakwah, maka pihak kami secara rasminya menawarkan khidmat pengubatan Islam melalui “PUSAT RAWATAN ISLAM IQ INSAN”. Usaha ini bolehlah dianggap sebagai perkara yang melengkapi kepada mana-mana jua pusat rawatan yang terdahulu. Walaupun IQ INSAN dalam proses menubuhkan pejabat urusan berserta pusat khidmat rawatan Islam secara tetap, namun usaha dalam bidang pengubatan Islam ini perlu juga diteruskan untuk kebaikan masyarakat umum. Kita rasa dukacita jika ada diantara kita, sahabat handai kita, jiran tetangga kita, masyarakat kita, yang terpaksa mendapatkan khdmat bomoh-bomoh durjana yang merosakkan imej didalam pengubatan Islam mahupun dalam kaedah tradisional. IQ INSAN juga akan melancarkan “TABUNG KEINSANAN” dan “DANA KLINIK” dalam masa yang terdekat ini dengan harapan dan cita-cita untuk menjadikan bidang pengubatan Islam ini secara yang lebih tersusun kemas, bertuai rapat, lebih komprehensif, bersifat professional dan bertanggungjawab serta juga boleh mengembangkan jalinan ukhuwwah yang kukuh sesama insan. Moto kami “RAWATAN MENGIKUT SUNNAH”. Kami berusaha memberikan khidmat pengubatan serta pengurusan yang terbaik, Allah jualah tempat penggantungan makhluk yang melata. UST.MD ZAINI ZAINALPengarah IQ INSAN TRAINING & CONSULTANCY PENGURUSAN KLINIK IQ INSAN Pusat Rawatan Islam IQ INSAN dikendalikan sepenuhnya oleh Ust.Md Zaini Zainal (buat masa ini). Oleh itu, sebarang pertanyaan atau permintaan untuk mendapatkan khidmat rawatan Islam terhadap sebarang masalah penyakit perlulah merujuk kepada kepada beliau. HP : 019 – 6666 004 (dari jam 10.. pagi – 10.00 malam) Jika berlaku kecemasan anda dibenarkan menghubungi diluar waktu di atas. JADUAL RAWATAN DI KLINIK Jadual akan disusun setelah pihak IQ INSAN mempunyai ruang pejabat dan klinik (cadangan di Shah Alam / yang bersesuaian). Jadual akan disusun mengikut minggu. Cadangan nama ketua perawat seperti berikut :- - Ust.Hanif Ghazali
- Ust.Syeikh Hanafi Rahman Fesfaanji
- Ust.Mohd Fauzi Mustafa
- Ust.Md Zaini Zainal
Digalakkan para pesakit membuat temujanji terlebih dahulu agar dapat mendahulukan kepada mereka yang membuat janji paling awal. JENIS-JENIS PENYAKIT UNTUK RAWATANDI PUSAT RAWATAN ISLAM IQ INSAN. - Gangguan Jin dan Sihir
- Anak menangis malam
- Histeria atau kerasukan
- Santau
- Pelaris perniagaan
- Murah rezeki
- Cepat dapat jodoh
- Cepat dapat zuriat
- Air selusuh
- Bayi songsang
- Ketumbuhan/fibroid
- Sawan
- Kanser/barah
- Pelembut hati/kasih saying
- Penerang hati
- Masuk rumah baru
- Pagar rumah
- Mandul
- Panas baran
- Membuang tabiat jahat
- Berhenti merokok
- Penahan
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Migrain
- Dada berdebar
- Resdung
- Sakit gigi
- Lambat dapat zuriat
- darah tinggi
- kencing manis
- Jantung
- Rawatan ulangan
- dan pelbagai penyakit lain yang tidak sempat dituliskan
Setiap penyakit ada ubatnya. Allah s.w.t. yang menjadikan penyakit maka Dialah yang menyediakan ubatnya. Manusia hanya berdoa dan kesembuhan datangnya dari Allah jua. Usahalah mengubati segala penyakit berdasarkan pengubatan yang berlandaskan syarak dan rawatan yang mengikut sunnah. |